RAIFILI MENJADI CO SPONSOR UNTUK PERSIDANGAN ANTARABANGSA THE 3rd ICICM 2023

PERSIDANGAN ANTARABANGSA THE 3rd ICICM 2023, ANGKAT TEMA SUSTAINABILITY INITIATIVES IN EMERGING ECONOMIES: BUSINESS, MANAGEMENT, AND ISLAMIC CONTEMPORARY.

11/25/20231 min read

Membawa tema “Sustainability Initiatives in Emerging Economies: Business, Management, and Islamic Contemporary”, Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan (FPSP) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telah menganjurkan The 3rd International Conference on Islamic Contemporary and Management (ICICM 2023) bertempat di Putra Regency Hotel.

Persidangan ini telah dirasmikan oleh Rektor KUIPs, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle dan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah KUIPs Sdn. Bhd., Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin serta Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Persidangan ini telah mendapat tajaan utama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta penaja bersama The Prayer Mat Sdn. Bhd. dan Raifili World Sdn. Bhd.

KUIPs memilih kain batik Kirana 29 sebagai pilihan utama untuk majlis tersebut. Dengan keindahan corak dan warnanya, kain batik ini akan memberikan sentuhan yang elegan dan tradisional, menciptakan suasana yang unik dan memukau pada acara penting ini. Keputusan ini sejajar dengan cita rasa dan tema majlis, menampilkan keanggunan serta kekayaan warisan budaya dalam setiap helai kain.

BERHASRAT DAPATKAN 1 JUTA TAJAAN BATIK SERAGAM?

JOM DAPATKAN SEKARANG DAN HUBUNGI KAMI

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan boleh hantar pada email kami di raifiliworld@gmail.com.
Kami menunggu anda untuk Batik Raifili Jom Dapatkan Sekarang!