Get 10% Discount for order above RM 50

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE-2 RAIFILI WORLD

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄-𝟐

Raifili World Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 7 Julai 2020 oleh pasangan suami isteri, Puan Siti Fitryah Harun atau lebih dikenali sebagai Mama CT dan Encik Mohamad Rosli Zaini atau lebih mesra disapa Che Li.

Dahulunya Raifili merupakan syarikat enterprise yang menjual barangan keperluan rumah. Namun, setelah dunia diserang pandemik Covid-19, Raifili mengambil keputusan untuk memfokuskan perniagaan batik.

Alhamdulilllah, dalam masa beberapa bulan sahaja, Raifili telah menerima anugerah The Brandlaureate SMEs Bestbrands e-Branding Award 2020. Pada tahun itu juga, Raifili berjaya meraih jualan sebanyak RM7.2 juta!

Hari demi hari, fokus Raifili untuk memartabatkan motif batik Malaysia semakin membara. Tanggal 4 Mac 2022, Raifili telah melancarkan Kempen 1 Juta Batik Percuma Penjawat Awam. Kempen ini bertujuan untuk memberi peluang kepada 1,000,000 orang penjawat awam menggayakan Raifili Batik secara percuma.

Dalam pada masa yang sama, matlamat Raifili untuk membantu suri rumah menjana pendapatan juga sangat dititikberatkan. Lebih 42,000 orang telah dibantu Raifili. Dan ada di antaranya telah menjadi jutawan bersama Raifili.

Di kesempatan ini, Raifili ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang selama ini menyayangi dan menyokong Raifili. Teruskan sokongan anda. Tanpa anda, siapalah Raifili ❤️

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.