Get 10% Discount for order above RM 50

Peristiwa Agung Hari Asyura & Kelebihan Berpuasa pada Harinya. Penting!

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam seluruh dunia.

‘Asyura’ merupakan perkataan Arab ‘Asyara’ yang bermaksud sepuluh. Oleh itu, ia dipanggil ‘Asyura’ kerana merupakan hari ke-10 dalam kalendar Islam, iaitu 10 Muharam.

Hari Asyura telah menyaksikan beberapa sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, umat Islam menghormati hari ini seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Berikut antara peristiwa dalam sejarah Islam yang berlaku pada hari 10 Muharam :

  1. Nabi Musa diselamatkan daripada dikejar Firaun

Ilmuwan Klaim Temukan Bukti Ilmiah Terbelahnya Laut Merah di Zaman Nabi Musa | kumparan.com

Peristiwa ini berlaku pada 10 Muharam dan perkara ini juga terdapat dalam kitab Injil. Oleh itu, orang Yahudi juga melakukan puasa pada hari ini, untuk menunjukkan tanda kesyukuran kerana Nabi Musa dan Bani Israil telah diselamatkan daripada serangan Firaun.

  1. Allah menerima taubat Nabi Adam

Nabi Adam melanggar larangan Allah untuk tidak memakan salah satu buah di dalam syurga. Sebagai balasan, Adam diturunkan ke bumi bersama Siti Hawa.

Nabi Adam amat menyesal atas perbuatannya dan berdoa. Doanya telah dikisahkan di dalam Al-Quran, “Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Dan apabila Engkau tidak mengampuni kami, tentunya kami termasuk dari orang-orang yang rugi”. Maka pada 10 Muharam, Allah menerima taubat Nabi Adam.

  1. Allah selamatkan Nabi Yunus daripada perut ikan.

Benarkah Ikan yang Telan Nabi Yunus Masih Hidup? Ini Faktanya

Allah telah menghukum Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Selama 40 hari Nabi Yunus terperangkap di dalam perut ikan tersebut.

Doa taubat Nabi Yunus terakam di dalam Al-Quran ketika berada di dalam perut ikan Nun, “Tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada teraniaya, tolonglah daku! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang zalim”.

Maka pada tanggal 10 Muharam, Nabi Yunus dibebaskan dari kegelapan perut ikan Nun.

Umat Islam digalakkan berpuasa sunat pada hari Asyura

Walaupun kita digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharam, namun kita juga turut diperintahkan untuk mengikutinya dengan berpuasa pada hari sebelum ataupun hari selepasnya. Ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam secara tunggal. Hal ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya : Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya. [Riwayat Ahmad : 2154]

Demikian juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas RA, kata Rasulullah SAW :

 لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Maksudnya : Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke-9 (Muharam). [Riwayat Muslim : 1134]

Nas-nas di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kepada kita untuk dilakukan juga puasa sehari sebelum atau selepas 10 Muharam dengan tujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.