Get 10% Discount for order above RM 50

PERASMIAN KEMPEN 1 JUTA BATIK PERCUMA RAIFILI!

ALOR SETAR: Selaras dengan kempen β€˜1 Juta Batik Percuma Penjawat Awam yang dilancarkan pada 4 March 2022 lepas, kali ini telah mengorak langkah ke arah yang lebih tinggi. Pada 2 September 2022, hari yang penuh bermakna buat Raifili telah berlangsungnya Majlis Perasmian Kempen 1 Juta Batik Percuma Penjawat Awam yang dirasmikan oleh YBHG. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali Ketua Setiausaha Negara di Stadium Darulaman Alor Setar Kedah.

2 September Perasmian Kempen 1 Juta Batik


Sekitar perasmian berkenaan dihadiri oleh ribuan pengunjung yang menyaksikannya sendiri secara langsung. Pengasas Raifili, Siti Fatriyah Harun berkata menerusi kempen berkenaan, bagi menyokong hasrat dan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mengisytiharkan pada 3 Dis sebagai Hari Batik Malaysia setiap tahun untuk menggalakkan Keluarga Malaysia memakai pakaian Batik Malaysia.

YBHG. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali sangat setuju dengan usaha yang dilakukan dalam membangkitkan dan menaikkan lagi batik Malaysia dalam kalangan penjawat awam.

Sepanjang perlangsungan majlis tersebut, sebanyak 1,000 helai batik telah diedarkan secara percuma buat penjawat awam yang mengunjungi Jelajah AKM Negeri Kedah tersebut. Bukan itu sahaja, di booth Raifili juga terdapatnya pelbagai promosi hebat dan Lucky Draw buat pengunjung yang hadir.

Sebanyak 300,000 helai batik percuma berjaya ditebus oleh penjawat awam sepanjang kempen 1 Juta Batik Percuma dilancarkan dan berbaki lagi 700,000 helai kain batik percuma yang boleh ditebus. Bagi penjawat awam yang ingin menebus dan menerima batik percuma boleh menebusnya melalui pautan https://1jutabatikpercuma.raifili.com/ atau melalui dropship Raifili yang sah.

https://1jutabatikpercuma.raifili.com/

LAMAN SESAWANG UNTUK PENEBUSAN 1 JUTA BATIK PERCUMA PENJAWAT AWAM

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.