Get 10% Discount for order above RM 50

Nak Tampil Lebih Profesional? Ikuti 4 Cara Ni!

Tips Pakaian Formal Hijabista ke Pejabat

Pakaian dalam almari makin bertambah tapi macam tak ada baju pulak yang nak pakai. Setiap hari mesti pening nak pilih baju apa untuk pakai ke pejabat. Kadang-kadang takut jugak jadi mangsa fesyen kalau terlalu ikut trend sembaranan ni. Betul tak?

Jadi, jom ikuti tips pakaian formal gaya hijabista ke pejabat supaya lebih berkeyakinan untuk bekerja!
1. Jangan salah pilih saiz

Trend berpakaian sekarang banyak betul gayanya! Sampai tak tau nak follow yang mana. Yang penting korang jangan salah pilih saiz semata-mata nak ikut trend.

Elakkan daripada pilih saiz yang terlalu besar sebab korang akan nampak baggy. Pakaian yang baggy akan buatkan korang nampak tak kemas dan selekeh.

Kalau pakaian yang bersaiz kecil pula sangat tidak sesuai untuk dipakai di pejabat dan tak manis untuk dipandang.

2.Guna 3 warna maksimum

Nak pilih pakaian yang lebih daripada 3 warna tu boleh, tapi sangatlah tak formal kalau kita pakai ke pejabat. Jadi, kalau boleh pilihlah maksimum 3 warna, biar nampak simple tapi tak serabutkan mata orang yang tengok.

Tapi janganlah pula sembarangan pilih macam warna neon atau oren terang. Warna undertone pun dah cukup. Simple tapi professional!

3.Aksesori

Nak serlahkan lagi pakaian kita mestilah dengan aksesori. Barulah nampak  mewah dan bekerjaya! Tapi jangan pulak melebih-lebih dalam beraksesori contohnya macam pakai gelang tangan emas yang besar pastu pakai pulak rantai besar..tak ke sakit mata menengoknya..

Simple-simple je dah cukup contohnya jam tangan pun dah nampak curlass! Bak kata orang less is more!

Jadi, make sure pilih aksesori yang sesuai dengan outfit. Tak perlu pakai aksesori banyak-banyak sebab takut rosakkan outfit kita pulak.

4.Hindari fabrik berkilau 

Ada banyak fabrik yang tak sesuai dan salah satunya adalah satin. Satin tidak sesuai sebab materialnya yang berkilat dan terlampau menonjol. Tapi, kalau korang peminat satin, korang boleh pakai matte satin. Jadi, pastikan cek dulu fabrik apa yang kita pilih untuk pakai ke tempat kerja.

Contoh kain fabrik yang sesuai dan selesa adalah kain kapas. Nak buat kerja sampai berjam-jam pun tak dak masalah sebab kain jenis sejuk dan serap peluh! Barulah buat kerja pon perform!

Nak lebih mudah, korang boleh saja dapatkan Batik Percuma Raifili secara PERCUMA! Bersempena dengan Kempen 1 Juta Batik Percuma Penjawat Awam.

Berminat? Dapatkan Batik Percuma melalui landing page 1 Juta Batik Percuma Penjawat Awam

Sila klik –> https://1jutabatikpercuma.raifili.com/

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.