Home / About Us

ABOUT RAIFILI

Raifili World Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat tekstil bumiputera yang mengeluarkan dan memasarkan kain bermotifkan batik moden. Syarikat ini telah ditubuhkan pasangan oleh pasangan suami isteri, Puan Siti Fitryah binti Harun dan Encik Mohammed Rosli Bin Zaini pada 7 Julai 2020. Selain ingin memartabatkan corak batik Malaysia ke mata dunia, Raifili juga ditubuhkan bagi membantukan masyarakat utnuk menambah pendapatan. terutamanya suri rumah.

Dahulunya Raifili merupakan syarikat enterprise yang menjual barangan-barangan keperluan rumah. Namun, setelah kerajaan memerintahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka melonjakkan langkah untuk fokus pada jualan batik. Perniagaan Raifili berasaskan 90 peratus perniagaan secara atas talian dan 10 peratus secara langsung.

Dalam masa setahun sahaja, Raifili telah mengeluarkan lebih daripada 1,000 corak batik. Corak-corak motif batik di Raifili direka khas oleh pihak Raifili sendiri. Rekaan ini telah diikitiraf dan Raifili telah memenangi pelbagai anugerah, salah satunya termasuklah The Brandlaureate SMEs Bestbrands e-Branding Award 2020. Kini, Raifili dalam proses menghasilkan lebih banyak rekaan serta koleksi pakaian sedia dipakai termasuk pakaian kasual dan formal.

OUR FOUNDER

"Colours of Choice"

Puan Siti Fitryah merupakan anak kelahiran Jitra, Kedah. Menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra dan seterusnya beliau meneruskan pelajaran ke Matrikulasi Kuala Nerang. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara Shah Alam dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai akauntan di beberapa syarikat swasta di Kuala Lumpur. Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan Raifili. Raifili World ditubuhkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada tahun 2020. Pendekatan ini dilakukan sebagai inisiatif untuk membantu golongan yang terjejas ekonomi disebakan pandemik Covid-19.

Insiatifnya berhasil dengan berjaya kerana pada tahun 2020, beliau dapat membina hasil jualan sebanyak RM7.2 Juta dalam masa tujuh bulan sahaja. Kini, beliau telah dinobatkan sebagai '100 Top Young CEO' pada tahun 2021.

Our Mission

  • Membantu suri rumah menjana pendapatan perniagaan secara online sekaligus menggalakkan penggunaan pakaian berasaskan batik dengan harga mampu milik.

  • Menganjurkan kelas bimbingan secara berterusan, dengan hanya β€œ duduk rumah buat duit. ”

  • Membantu dalam menyediakan bahan iklan yang lebih berkualiti untuk memudahkan suri rumah menjana pendapatan.

  • Membimbing dropship sehingga menjadi Master Partner yang memiliki cawangan Raifili di seluruh Malaysia.

  • Tembusi pasaran Raifili Batik di negara lain seperti Singapura, Brunei dan Thailand.

  • Kuasai pasaran Kain Sarung Raifili di Malaysia.

  • Membuka peluang pekerjaan lebih 1,000 bumiputera.

  • Memartabatkan batik sebagai pakaian seharian dalam budaya masyarakat Malaysia.

  • Mengharumkan nama Malaysia dengan memartabatkan penggunaan Raifili Batik di persada dunia.

"Menjadikan batik Raifili sebagai pilihan fesyen sepanjang zaman."

Our Vision

OUR CLIENTS

Address

71-B, Bandar Darulaman Jaya Jitra, Kedah

Contacts

Phones: +60 11-1335 7061

Hours: 9:00 AM - 5:30 PM, Sun - Sat

Company

Follow us

Β© 2023 Raifili World Sdn.Bhd